Apa khabar semua anak murid Cikgu Hazman yang dikasihi. Salam perkenalan juga kepada ibu bapa dan guru yang mengikuti blog cikgu hazman ni. Hari ni cikgu Hazman nak kongsi sedikit tips untuk cemerlang dalan kertas 2 Matematik SPM boleh? Baiklah
Tips 1
Pelajar hendaklah menguasai teknik algebra dengan berkesan. Ini adalah sangat penting kerana dalam matematik SPM terdapat pelbagai kompenen untuk menggunakan algrabra dalam pelbagai bentuk penyelesaian masalah. Sekiranya pelajar tidak mahir dalam algebra pelajar akan merasa susah untuk membuat operasi yang melibatkan pengembangan, pemfaktoran dan juga operasi pada algebra
Tips 2
Pelajar hendaklah belajar teknik penggunaan kalkulator saintifik. Ini kerana penggunaan kalkulator saintifik akan membantu pelajar dalam pengiraan dengan lebih pantas. Cikgu hazman ingin m,encadangkan pelajar semua menggunakan kalkulator jenis Casio-classwhiz kerana kalkulator ini akan membantu kita dalam pengiraan dan langkah kerja.
Tips 3
Pelajar hendaklah menguasai tips topikal untuk setiap tajuk supaya pelajar boleh memahami langkah prosedural yang betul untuk menjawab soalan. Contohnya sekiranya pelajar masih lagi tidak menguasai pemfaktoran persamaan kuadratik dalam bab tingkatan 4. Pelajar boleh membuat latihan dan membaca nota berkenaan persamaa kuadratik dalam buku teks dan buku rujukan
Tips 4
Pelajar boleh mula membuat latih tubi berkenaan soalan-soalan percubaan SPM. Ini adalah kerana kita ingin melihat corak dan pola soalan yang akan keluar untuk SPM sebenar. Kebanyakan penggubal soalan ada dalam panel penggubal soalan SBP dan juga percubaan negeri. Jadi pelajar WAJIB membuat latih tubi untuk menguasai teknik menjawab berkesan.
Tips 5
Pelajar hendaklah menghafal rumus yang tidak disediakan dalam buku rumus SPM. Sekiranya pelajar lihat dalam kertas soalan SPM, akan diberikan rumus atau formula pada bahagian awal kertas soalan. Namun tidak semua rumus dibekalkan kepada pelajar. Jadi pelajar boleh menggunakan kaedah untuk menghafal rumus dan formula yang tidak dibekalkan kepada pelajar semua.
Belajar sesuatu? Terima kasih pelajar semua. Cikgu hazman akan cuba untuk membuat perkongsian pintar bagi pelajar mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.